Tidak bisa dipungkiri, bahwa bahasa Arab adalah bahasa yang terkenal dengan keunikannya, ungkapan ayat yang mudah difahami dan mempunyai kaedah yang tepat dan luar biasa dalam setiap permasalahan bahasa. Sistem fonologi, sintaksis, morfologi dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem bahasa dalam bahasa Arab mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain. sebelumnya kita sudah membahas tentang keistimewaan bahasa arab secara umum. Nah, Ini dia bukti keunikan dan keistimewaan bahasa arab selanjutnya :
Bahasa yang Kaya Dengan Kosa Kata
Kosa kata dalam bahasa Arab merangkumi semua bidang dan lapangan. Dalam bahasa Arab, pembentukan satu perkataan saja boleh menunjukkan kepada beberapa makna. Contohnya perkataan ‘ain yang memberi makna kepada mata penglihatan, mata air, sebuah negeri, sebuah tempat, ketua kaum, ketua tentara, bermakna diri, bayaran sekaligus secara tunai, sejenis mata uang, pengintip dan huruf ‘ain.
Bahasa Arab Mempunyai Kaedah Analisis Struktur Ayat (i’rab) yang Sempurna
Analisis ini digambarkan dalam bentuk perubahan baris-baris akhir perkataan hasil daripada perubahan struktur frasa atau fungsi perkataan itu sendiri. Perubahan perubahan i’rab ini akan memberikan kesan kepada perubahan maksud perkataan dalam sesuatu susunan ayat. Analisis bahasa dan perubahan struktur frasa ini tidak terdapat dalam mana-mana bahasa di dunia. Contohnya perkataan “Muhammad” seperti dalam struktur frasa tertentu boleh dibaca dengan Muhammadun, Muhammadan dan Muhammadin kerana berada dalam struktur dan pola ayat yang berbeda kedudukannya.
Bahasa Arab Mempunyai Sistem Morfologi yang Unik
Bentuk-bentuk perkataan Arab sama ada dalam kata nama atau kata kerja akan berubah berdasarkan kepada satu sistem yang lengkap mengikut keadaan struktur frasa. Perubahan bentuk ini akan membawa kepada perubahan dari segi makna perkataan tersebut. Contohnya perkataan Arab mengandung perubahan atau isytiqaq yaitu perpecahan dan pembentukan perkataan pecahan atau sampingan dari satu kata dasar. Kata dasar kataba كتب boleh dipecahkan kepada beberapa variasi perkataan lain seperti katibun, maktuban, kitabatan, maktabatun, tentunya juga menjadi arti yang beraneka ragam.
Bahasa Arab Adalah Bahasa Berdaya Tahan dan Ringkas (ijaz)
Kekuatan ini membolehkan bahasa Arab bertahan menghadapi segala halangan dan cibiran dan terus kekal hingga ke hari ini. Bahasa Arab banyak menggunakan ayat yang ringkas dan tepat dalam menunjukkan kepada sesuatu maksud. Ia boleh dilakukan dengan berbagai cara dan teknik tertentu seperti membuang (hazf ) beberapa perkataan dalam ayat-ayat tertentu tanpa mengubah maksud yang ingin disampaikan.
Dalam al-Quran dan al- Hadith juga banyak mengandungi gaya bahasa perumpamaan dan perbandingan yang menjelaskan maksud ayat yang panjang hanya dengan menggunakan satu atau dua perkataan saja. Salah satu contoh yang boleh dikemukakan di sini ialah perumpamaan orang-orang Yahudi dengan keledai dalam al-Quran QS. Al-Jumuah ayat 5.
Bahasa Arab Mempunyai Ungkapan yang Halus dan Teliti
Bahasa Arab mempunyai perkataan yang dapat memberikan makna yang paling tepat. Ketepatan perkataan ini memberikan maksud yang amat hampir dengan realitas semasa berlaku. Perkataan-perkataan ini sukar untuk diungkapkan dengan menggunakan bahasa-bahasa lain. Contohnya nama-nama masa sepanjang hari, menggambarkan suara-suara hewan yang diungkapkan satu persatu dengan istilah yang khusus bagi setiap bentuk suara .
Ternyata daripada istilah-istilah tersebut tampak jelas bahwa bahasa Arab adalah satu bahasa yang mementingkan kehalusan dan ketepatan dalam memberi sesuatu maksud yang dikehendaki. Kebanyakan bentuk suara hewan ini tidak akan dapat diungkap dengan baik jika menggunakan bahasa lain.
Subhanallah,, indahnya bahasa arab. Ada nggak sih bahasa yang bisa menyaingi bahasa arab?? Tidak ada tentunya. Kalau tidak percaya, surver aja semua bahasa yang ada di dunia ini. Jadi pengen memelajari bahasa arab lebih jauh nih, benar-benar menantang. Belajar bahasaarab yuk !
Biar kita juga bisa lebih mudah memahami ayat ayat AlQuran dan menghayati Sholat kita.
Jangan Lupa Share ya ^_^
Tags
Tsaqofah